Honor 6X Menerima Kemas Kini EMUI 5.0

Berita baik buat pengguna telefon pintar Honor 6X!

Honor telah mula mengeluarkan kemas kini terbaru EMUI 5.0 kepada semua peranti Honor 6X di Malaysia. Kemas kini ini akan didatangkan dengan kemas kini Android 7.0 Nougat terbaru lantas memberikan pengalaman yang lebih hebat dan cekap kepada pengguna.

Papan antaramuka terbaru yang dibawakan oleh EMUI 5.0 ini lebih mesra pengguna dengan ciri utama yang diketengahkan, iaitu pembelajaran mesin yang berupaya mengenalpasti tabiat pengguna semasa menggunakan aplikasi atau aktiviti yang selalu dilakukan dan dapat mengoptimumkan pemprosesan agar lebih efisyen dan lancar.

Pengguna boleh mula memuat turun kemas kini terbaru ini di bahagian Settings > Settings Updates. Pengguna digalakkan menggunakan sambungan Wi-Fi yang stabil bagi mengelakkan aktiviti memuat turun lancar tanpa sebarang sekatan.

You might also like