OnePlus Bullets V2, Earphone Terbaru Keluaran OnePlus

OnepurasuSelepas tersebarnya teaser ringkas di laman sesawang mengenai model terbaru keluaran OnePlus, akhirnya tuan punya syarikat dengan rasminya memperkenalkan earphone terbaru mereka yang dikenali sebagai OnePlus Bullets V2.

oneplus-bullet-v2-white-840Ia adalah model kedua yang diperkenalkan selepas model pertama pada tahun 2014. Menampilkan rekaan yang ringan, anggun dan elegan dengan seberat hanya 2g, earphone ini menawarkan kualiti audio yang terbaik buat masa kini.

OnePlus telah bekerjasama dengan pakar audio terkenal dari Jerman, iaitu LOGO yang mempunyai lebih 88 tahun pengalaman dalam teknologi diafragma untuk mencipta OnePlus Bullets V2. Selain boleh mengawal audio menggunakan butang pintas yang tersedia, OnePlus Bullets V2 turut dilengkapi dengan sebuah mikrofon untuk kemudahan menjawab panggilan.

oneplusHadir dengan dua pilihan warna iaitu hitam dan putih/emas, OnePlus Bullets V2 dijual pada harga USD 19.95 (kira-kira RM80). Buat masa sekarang, tiada sebarang maklumat rasmi sama ada earphone ini akan memasuki pasaran Malaysia ataupun tidak.

 

You might also like