“Project Valerie” Dicuri Semasa CES 2017

1Masih ingar berita kami mengenai projek komputer riba yang gila dari Razer? Nampaknya dua prototaip “Project Valerie” telah dicuri dari kawasan pameran Razer di CES 2017.

CEO Razer, Min-Liang Tan mengambil serius perkara tersebut dan sudah pun menghubungi pihak berkuasa dan bekerjasama dengan pihak pengurusan acara CES 2017 bagi mengenal pasti penjenayah yang bertanggungjawab di atas kejadian tersebut. Menurutnya, Razer akan menghadiahkan USD 25,000 (RM 111,875) kepada mana-mana individu yang tampil memberikan maklumat sehingga tertangkapnya penjenayah tersebut.

You might also like