
Kemas Kini Android Nougat Untuk ASUS ZenFone 3 Sudah Bermula!
Ketika dilancarkan, ASUS ZenFone 3 dilengkapi sistem operasi versi Marshmallow dan bagi pemilik peranti ini, pasti anda sudah tidak sabar untuk mendapatkan kemas kini Android Nougat yang dijanjikan ASUS.
Versi Android terbaru itu sudah pun dilancarkan secara berperingkat dengan pengguna, beberapa negara asia telah menjadi yang pertama menerima kemas kini tersebut. Kemas kini Android Nougat membawakan fungsi yang menarik pada ZenFone 3 dengan kebolehan multi windows dan pengurusan kuasa Doze.
Kemas kini Android Nougat boleh dinikmati pemilik ZenFone 3 variasi paparan 5.2 inci dan 5.5 inci. Pastikan anda memeriksa paparan Settings > System Updates untuk mendapatkan kemas kini tersebut.

