iPhone 8, 7s, 7s Plus Akan Dilancarkan Pada 12 September Depan?

- Iklan -

Hampir setahun kita menunggu model terbaru oleh Apple ini dan hampir 10 tahun iPhone telah digunakan di seluruh dunia. Bersempena ulang tahun Apple yang ke-10 kita dikhabarkan akan menerima pembaharuan yang menyeluruh untuk model ikonik ini. Menurut Wall Street Journal, peranti dengan paparan penuh di muka depan ini akan dilancarkan pada 12 September depan.

Di samping itu, kita juga bakal melihat iPhone 7s dan 7s Plus dilancarkan bersama. Ada desas-desus mengatakan Apple mungkin akan membuang huruf “s” kerana model kali ini menawarkan lebih banyak ciri-ciri baru termasuk rekaan panel kaca seperti iPhone 4s pada tahun 2011. Kedua-dua model ini akan dimuatkan dengan fungsi NFC, pengecasan tanpa wayar, kerangka badan berasaskan kaca, cip pemproses A11, iOS 11 dan saiz storan asas seluas 64GB.

Sementara iPhone 8 pula akan menerima ciri menarik iaitu sistem nyahkunci “pengecaman wajah 3D” yang sudah pasti teknologinya dua tahun kehadapan. Selain itu, peranti ini akan dilengkapi dengan kamera pintar yang dapat mengenal pasti imej yang dirakam di samping menyokong ciri Argumented Reality (AR).

Walaubagaimanapun, ada logiknya kerana jika pengumuman iPhone 8 dibuat pada 12 hari bulan kelak penjualannya mungkin akan bermula pada 22 September dan gelombang yang akan Malaysia terima pula adalah seawal atau pertengahan bulan 10 nanti. Jadi, sudahkan anda bersedia?

You might also like