
Apakah Ciri Baru Yang MediaTek Helio P30 Dan P23 Tawarkan?

Seperti yang sudah dijanjikan, MediaTek baru sahaja melancarkan dua buah cip pemproses terbaru ke dalam pasaran dunia. Diberi nama Helio P30 dan P23, ia kini menggunakan teknologi 16nm FinFET direka khusus untuk telefon pintar kelas pertengahan. Cip Helio P23 akan memasuki ke semua pasaran sementara P30 hanya di China sahaja.

Prestasi kedua-dua cip ini tidaklah setanding Helio X30 (hanya Meizu Pro 7) yang digunakan pada peranti flagship tetapi syarikat ini menyatakan Helio P30 dan P23 akan menyediakan kelebihan dengan kestabilan ketika melayari pelayar, proses rakaman gambar untuk sistem dwi kamera, dan kelajuan memuat naiknya. Apa yang menarik, kedua-dua set cip ini turut menyokong penggunaan dua SIM 4G secara serentak.

Helio P30 kini menyokong dwi kamera 13 Megapiksel atau sensor tunggal 24 Megapiksel, manakala P30 pula mampu menyokong sehingga dwi kamera 16 Megapiksel atau satu sensor 25 Megapiksel. Kelajuan pula dibantu oleh pemproses empat teras A53 pada 2.6GHz dan empat teras A53 pada 1.65GHz serta cip grafik Mali-G71 MP2 pada 950MHz kecuali P23 pada kelajuan 770MHz.
MediaTek berpendapat banyak pengeluar di luar sana berminat untuk mendapatkan P23, namun untuk P30 ia akan kekal di pasaran China oleh kerana disebabkan kos tetapi jika permintaan pasarannya meningkat, MediaTek terpaksa mengubahnya.

