Samsung Secara Tidak Sengaja Mengesahkan Bixby dan Pay Mini

Samsung sebelum ini diberitakan akan memperkenalkan kecerdasan buatan Bixby dan juga servis pembayaran Pay Mini, namun tiada sebarang pengesahan dari Samsung mengenai kedua-dua fungsi ini.

1Namun baru-baru ini di laman web Samsung Korea, Bixby dan Pay Mini secara tidak sengaja telah dimasukkan di dalam senarai servis pada drop down menu sekaligus mengesahkan kedua-dua fungsi ini akan hadir tidak lama lagi.

Namun jika anda ke laman web itu sekarang, senarai servis tersebut telah dibuang dan hanya Samsung Pay sahaja yang kekal. Dijangkakan kesemua fungsi tersebut akan dimasukkan semula menjelang pelancaran Samsung Galaxy S8 tidak lama lagi.

You might also like