Teknologi Google Tango Digunakan Di Muzium

1485
- Iklan -

2Dalam usaha memacu perkembangan teknologi Augmented Reality (AR) Google Tango, Google telah menjalin kerjasama dengan beberapa muzium di seluruh dunia. Bermula dengan Detroit Institute of Arts, Google menawarkan pelawat peranti dengan kebolehan Google Tango yang boleh digunakan untuk meneroka pameran dengan lebih imersif dan interaktif melalui teknologi Tango.

3Di muzium tersebut, pengunjung boleh meminta Lenovo Phab 2 Pro dari meja hadapan dan menggunakannya untuk mengetahui maklumat lanjut mengenai pelbagai artifak dan bahan pameran. Pada skrin peranti, pengunjung boleh melihat keratan rentas badan mumia, seni bina dahulu kala, dan juga pelbagai kejadian bersejarah.