
Kepada yang berminat untuk memikili DJI Osmo Pocket yang baru sahaja dilancarkan pada 30 November yang lepas, ada berita baik buat anda! Kini anda boleh membuat pra-tempah di Malaysia dengan harga penawaran RM1,550 dan akan menerima DJI Osmo Pocket awal Januari 2019.
Baca juga: DJI Osmo Pocket – Gimbal Kompak Dengan Sokongan Rakaman Video 4K
Hadir dengan rekaan kecil, ianya menawarkan skrin bersaiz 1-inci untuk kemudahan pengguna melihatnya secara terus daripada gimbal ini semasa membuat rakaman video. Malah sokongan penggambaran 12 Megapixel f/2.0 dan rakaman video sehingga 4K turut dibekalkan dengan bateri Li-Po berkapasiti 875mAh.
Kepada yang berminat, anda boleh membuat pra-tempah DJI Osmo Pocket dan akan mendapatkan gimbal ini bermula 15 Januari 2019 dengan jaminan setahun waranti.

