
Baru-baru ini, lebih kurang 532 juta orang peminat e-sukan di seluruh dunia menyaksikan kejohanan PUBG Mobile Club Open 2019 Fall Split Global Finals yang berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC). Kejohanan ini kita dapat saksikan pasukan Bigetron RA Indonesia berjaya mempamerkan persembahan luar biasa dan merangkul gelaran juara – sekaligus membawa pulang hadiah utama bernilai USD$180,000.
Terbahagi kepada Split Spring & Split Fall, PMCO 2019 merupakan salah satu kejohanan e-sukan terbesar di dunia yang menawarkan jumlah hadiah terkumpul sehingga USD $2.5 juta. Selain itu, PMCO 2019 juga menyediakan laluan untuk para kaki gamers yang bercita-cita untuk membuka jalan untuk menjadi profesional dalam sukan PUBG MOBILE untuk menonjolkan kemahiran mereka.
Dalam usaha mencapai tahap yang sesuai dan peluang bersaing untuk semua pemain, PUBG MOBILE mendedahkan bahawa struktur ekosistem esports global akan lengkap sebagai peringkat amatur-semipro-pro dan peringkat serantau negara-serantau pada tahun 2020. Selain Kejohanan Campus, ia juga mengumumkan bahawa Liga Dunia untuk pemain profesional akan bermula pada bulan Mei dan Oktober pada tahun 2020.
Kejohanan ini akan bermula dengan Liga-Liga Pro di negara terpilih termasuk Indonesia, Malaysia, Thailand, Vietnam, Asia Selatan dan Amerika. Kemuncak Liga Pro dalam Liga Dunia – di mana pasukan yang menduduki tangga teratas akan mewakili kawasan masing-masing untuk bersaing dalam Kejohanan dunia untuk rebut hadiah utama menarik.
Kejohanan PMCO 2020 menawarkan hadiah bernilai sehingga USD $5juta – yang mana lebih berlipat ganda berbanding PMCO 2019. Ia juga mengumumkan pendaftaran PMCO 2020 Spring Split akan bermula pada Januari 2020.