Siri OnePlus 8 Kini Dilancarkan – Hadir Dengan Pemproses SnapDragon 865!!!

Peranti yang ditunggu-tunggu telah tiba!! OnePlus kini telah melancarkan peranti terbaharunya iaitu siri OnePleu 8 yang mana tampil dengan dua model iaitu OnePlus 8 dan OnePlus 8 Pro.

OnePlus 8 Pro

Peranti paling berkuasa dalam siri ini iaitu OnePlus 8 Pro hadir dengan paparan skrin yang mempersona iaitu 6.78″ QHD+ dan hadir dengan kadar segar semula 120Hz.

Kuasa dalaman juga sangat berkuasa apabila ia disertakan dengan Snapdragon 865 dan dipadankan dengan 12GB RAM LPDDR5 RAM dan storan sehingga 256GB UFS 3.0.

Jila dilihat dari aspek kamera pula, ia tampil dengan sistem 4 kamera iaitu 48MP + 48MP + 8MP + 5MP bagi kamera utama dan 16MP bagi kamera hadapan.

Aspek bateri juga tidak mengecewakan apabila ia disertakan dengan kapasiti 4510mAh dan hadir dengan pengecasan pantas Warp Charge 30T dan juga Warp Charge 30 Wireless.

 

OnePlus 8

Satu lagi peranti bagi siri ini adalah OnePlus 8 yang mana ia hadir dengan skrin bersaiz 6.55″ AMOLED dan tampil dengan kadar segar semula 90Hz.

IA dikuasakan oleh cip pemproses 865 dan dipadankan dengan storan sehingga 256GB berasaskan USF3.0 dan sehingga RAM 12GB LPDDR4X.

Tampil dengan sistem 3 kamera iaitu 48MP + 16MP + 2MP bagi kamera utama dan 16MP bagi kamera hadapan.

Seperti OnePlus 8 Pro, ia tmpil dengan kapasiti bateir yang baik iaitu 4300mAh dan menyokong WarpCharge 30T.

 

Berikut adalah harga jualan bagi kedua-dua peranti ini.

  • OnePlus 8: Bermula dari $699 (kira-kira RM3028)
  • OnePlus 8 Pro: Bermula dari $899 (kira-kira RM3895)

 

 

 

You might also like