
Spesifikasi & Harga Samsung Galaxy S10 Lite Tertiris – Lebih Padu!
Menurut laman WinFuture, Samsung Galaxy S10 Lite dan Galaxy Note 10 Lite bakal dilancarkan di pasaran Eropah. Sementara waktu ini, spesifikasi Galaxy S10 Lite telahpun tertiris bersama harga jualan €679.99 (~RM 3134).
Melalui perkongsian, Galaxy S10 Lite dilengkapi skrin bertakuk kecil 6.7” FHD SuperAMOLED, dikuasakan cip pemproses Snapdragon 855, 8GB RAM dan 128GB ROM bersama sokongan 1TB kad mikroSD.
Konfigurasi kamera meletakkan lensa utama 48MP + 12MP Ultra Wide-Ange + 5MP Macro, kamera swafoto pula sebesar 32MP. Peranti berkapasiti 4,500mAh dengan sokongan pengecasan pantas 45W ini ditawarkan dalam 3 warna, iaitu hitam, putih dan biru dengan harga €679.99 (~RM3,134).
_____________________
BACA JUGA:
- Siri Samsung Galaxy S11 Bakal Disertakan Dengan Kamera Telephoto 48MP?
- [Ura-Ura] : Samsung Galaxy S11+ Mungkin Dibekalkan Dengan Bateri Berkapasiti Besar – 5,000mAh!
- Sarung Pelindung Siri Samsung Galaxy S11 Tertiris! Rekaan Kamera Tu…