Khabar Angin: Samsung Mulakan Pra-Tempah Galaxy S8 Pada 10 April

1280
- Iklan -

Samsung telah pun mengesahkan tarikh 29 Mac adalah hari di mana pengumuman Galaxy S8 dan Galaxy S8+ akan dilancarkan. Kini mucul pula ura-ura yang mengatakan bahawa Samsung akan membuka sesi pra-tempah 2 minggu selepas pengumuman dilakukan (10 April 2017).

Bukan setakat itu sahaja, terdapat laporan yang mendakwa Galaxy S8 akan mula dijual di seluruh dunia pada 21 April. Namun, Samsung masih belum memberikan sebarang pengesahan kepada berita-berita ini. Nampaknya khabar angin mengenai flagship Samsung sungguh kuat walaupun tidak membuat kemunculan di MWC tahun ini. Mungkin ini strategi syarikat berkenaan untuk menghangatkan lagi suasana menjelang hari pelancaran peranti tersebut.