
Casio Malaysia Sdn. Bhd. telah melancarkan dua produk terbarunya untuk pasaran tempatan dengan kemunculan model Casio EX-FR200 dan juga EX-ZR5000. Kedua-dua peranti terbaru dari Casio ini sudah boleh didapati melalui pengedar sah iaitu Marco Heritage (M) Sdn. Bhd. di seluruh negara pada penghujung bulan Oktober ini. Casio EX-FR200 yang merupakan kamera aksi lasak ini boleh dimiliki pada harga RM2,399 dan Casio EX-ZR5000 pula dijual pada harga RM1,949.
Casio EX-FR200
Spesifikasi:
- 95 Megapiksel
- 1/2.3″ CMOS
- Aperture F2.8
- Focal length f=1.35mm
- Mod kamera : Dome View, Panorama, Super Wide Angle
- Mod video : 1:1, FHD, 4K
- Bluetooth 2.1 + EDR / WiFi 802.11 b/g/n
- Tahan daripada jatuh pada ketinggian 1.3m
- Kalis air pada kedalaman 1.5m selama 60 minit
- Kalis debu
PROMO VIDEO :
https://www.youtube.com/watch?v=vdNQkrA81W4
Casio EX-FR200 merupakan model terbaru yang diperkenalkan untuk pasaran tempatan selepas populariti dan sambutan yang diperolehi dari model kamera aksi lasak sebelum ini iaitu EX-FR100. Berbeza dengan model sebelum ini, EX-FR200 menyokong hasil gambar dengan efek kubah atau lebih dikenali sebagai Dome View Mode yang sangat luas iaitu mencecah 180 darjah. Lebih menariknya, kamera ini juga turut menyokong pengambilan gambar serta rakaman video Panorama melintang sehingga 360 darjah, dan juga gambar serta video Super Wide Angle dengan pepenjuru sehingga 208 darjah.
Pengambilan gambar dalam mod Dome View boleh terus dihantar ke smartphone dengan bantuan aplikasi EXILIM Album. Bahkan EX-FR200 ini juga boleh digabungkan dengan EX-FR100 atau EX-FR100CA, untuk mendapatkan perspektif gambar atau video yang lebih menarik secara serentak dengan hanya menggunakan satu alat kawalan sahaja.
Dengan setiap pembelian Casio EX-FR200 yang berharga RM2,399, ia turut ditawarkan dengan kit Selfie, kad memori 16GB, beg kalis air 10L dan juga adapter kamera aksi secara percuma, selagi stok masih ada. Selain itu, ia juga turut ditawarkan dengan jaminan waranti untuk tempoh 18 bulan.
Casio EX-ZR5000
Spesifikasi:
- 1 Megapiksel
- 1/1.7″ CMOS
- Aperture F2.7 (W) ~ F6.4 (T)
- Focal length f=4.06 – 20.3mm
- 5x zum optikal
- 39x zum digital
- Optical Image Stabilization
- Bluetooth Smart / WiFi 802.11 b/g/n
- 0 inci TFT, 921,600 dots
PROMO VIDEO :
https://www.youtube.com/watch?v=rwqw7ReI2k0
Selain kamera aksi lasak, Casio Malaysia turut melancarkan kamera digital yang dikhususkan untuk penggemar Selfie dengan kehadiran model EX-ZR5000 yang tersedia dalam empat warna pilihan iaitu merah jambu, hijau, hitam dan juga putih. Sokongan lensa Super Wide Angle berukuran 19mm ini sememangnya sangat sesuai untuk penggemar selfie yang juga mahu mengabadikan pemandangan indah ketika pergi bercuti.
Pengambilan gambar dengan mod Wide View Photo juga terasa lebih istimewa kerana ia secara automatik menghasilkan efek animasi yang mana gambar yang dizum akan dipaparkan dalam paparan lebih luas, sekaligus memberikan satu sentuhan yang lebih menarik untuk dikongsikan ke laman sosial.
Sokongan mod Make-up juga kini telah dipertingkatkan keupayaannya bagi memastikan ton warna serta kulit akan kelihatan jauh lebih sempurna tidak kira dalam sama ada di dalam apa jua persekitaran berbeza. Bahkan aplikasi EXILIM Connect juga berupaya memastikan setiap gambar yang diambil akan terus dihantar ke smartphone bagi memudahkan anda untuk terus berkongsi gambar tersebut ke laman sosial.