
Sebuah lagi model yang diperkenalkan bersama Surface Book 2 adalah Surface Laptop. Komputer riba ini menampilkan paparan skrin sentuh berukuran 13.5 inci yang dikuasakan oleh Intel Core i7 ataupun i5. Selain itu, ia turut menyokong kad grafik Intel Iris Plus 640 bagi i7 dan Intel HD 620 bagi model i5.
Menawarkan masa beroperasi sehingga 14.5 jam, Surface Laptop hadir dengan tiga varian RAM berbeza iaitu 4GB/8GB/16GB, manakala untuk storan pula adalah 128GB/256GB/512GB mengikut keperluan pengguna. Model ini sesuai untuk mereka yang inginkan sebuah komputer riba nipis, di mana ia hadir dengan ketebalan hanya 14.5mm dan seberat 1.25kg sahaja.

Tidak seperti Surface Book 2, papan kekunci yang menggunakan kemasan Alcantara ini tidak boleh dicabut. Boleh dibeli dari pengedar sah Microsoft bermula hari ini, harga yang ditawarkan adalah seperti berikut :
-
Intel Core i5, 4GB RAM, 128GB SSD, Intel Graphic 620 – RM4,499
-
Intel Core i5, 8GB RAM, 256GB SSD, Intel Graphic 620 – RM5,849
-
Intel Core i7, 8GB RAM, 256GB SSD, Intel Iris Plus Graphic 640 – RM7,199
-
Intel Core i7, 16GB RAM, 512GB SSD, Intel Iris Plus Graphic 640 – RM10,029
-
Intel Core i7, 16GB RAM, 1TB SSD, Intel Iris Plus Graphic 640 – RM12,399
Aksesori Surface
Selain itu, Microsoft juga membawa masuk beberapa aksesori yang boleh dipadankan dengan Surface Book 2 dan juga Surface Laptop. Di antaranya adalah Surface Pen, Arc Mouse, Mouse, Precision Mouse, Keyboard serta Dock. Ke semua aksesori ini boleh dibeli pada harga seperti di bawah :
- Surface Pen – RM299
![]()
- Surface Arc Mouse – RM459
![]()
- Surface Mouse – RM249
- Surface Precision Mouse – RM399
- Surface Keyboard – RM519
![]()
- Surface Dock – RM789




