Tambah Nilai Minima RM5, Dapat Percuma RM5 Dengan Aplikasi Boost

Kepada pengguna prabayar, ada berita baik buat anda yang pengguna aplikasi Boost. Apabila anda menambah nilai minima RM5 menggunakan aplikasi ini, anda akan mendapat RM5 secara percuma. Setelah selesai tambah nilai, pergi ke ruangan ‘shake reward’ dan pilih ‘Free RM5 prepaid top up’, kemudian shake telefon anda untuk mendapat RM5 secara percuma ini.

Tambah nilai tersebut akan terus dimasukkan ke dalam akaun anda. Buat masa sekarang, telco yang bekerjasama dengan Boost adalah Xpax, Hotlink, Digi, U Mobile, Tune Talk, XOX dan juga Altel. Tunggu apa lagi, cepat tambah nilai sekarang untuk mendapatkan kredit secara percuma sementara masih ada stok.

You might also like