A&S Distribution Sdn Bhd Umum Produk Baru & Terima Anugerah Inovasi Di CES 2020

A&S Distribution Sdn Bhd telah mengambil bahagian dalam persidangan CES 2020. Pada persidangan tersebut, A&S Distribution dengan bekerjasama bersama DC mengumumkan barisan produk baharu. Ia termasuklah fon telinga tanpa wayar versi Batman / Wonder Woman dan perkakasan elektronik dengan rekaan Harley Quinn, Supergirl serta banyak lagi watak lain.

Selain itu, A&S Distribution turut memperkenalkan beberapa lagi produk lain seperti pembersih vakum tanpa wayar La Femmina Medio, pembersih vakum tanpa wayar La Femmina Perfetto dan pengering rambut tanpa wayar Styler. Tidak ketinggalan, A&S Distribution turut menerima anugerah inovasi CES – menerusi produk produk pengerinting rambut automatik tanpa wayar. TAHNIAH!!

You might also like