HUAWEI Mengadakan Acara Khas Secara Online Pada 24 Februari – HUAWEI Mate Xs Mungkin Muncul?

HUAWEI secara rasminya mengesahkan bahawa mereka bakal mengadakan persidangan pelancaran produk secara atas talian pada 24 Februari ini. Ia akan bersiaran langsung di seluruh negara menerusi Youtube. Persidangan ini akan diikuti dengan acara HUAWEI Developer Day 2020 yang juga akan disiarkan secara atas talian.

Memetik beberapa poster acah yang dikongsi, HUAWEI mungkin muncul dengan peranti boleh lipat iaitu HUAWEI Mate Xs, Notebook baru, TV, Tablet, peranti 5G dan sebagainya. Terdapat juga khabar angin yang mengatakan, HUAWEI mungkin berkongsi serba sedikit maklumat mengenai barisan HUAWEI P40.

Selain itu, HONOR juga bakal mengadakan sebuah acara secara atas talian khas pada hari yang sama dan disiarkan secara langsung menerusi semua platform utama termasuk Facebook, Twitter & YouTube. HONOR dijangka memulakan acara dengan pelancaran HONOR V30 dan HONOR 9X Pro yang disertakan dengan sokongan HUAWEI Mobile Services dan sejumlah produk lain.

You might also like