MacBook Air Baharu Kini Rasmi – Hadir Dengan Paparan Retina Display 13.3 Inci & Touch ID

Apple pada Selasa telah memperkenalkan komputer riba paling nipis terbaharu keluaran mereka iaitu MacBook Air dengan paparan Retina display berukuran 13.3 inci. Rekaan ini dikatakan bersaiz kurang 17% dan kelihatan lebih nipis berbanding versi sebelumnya.

Meskipun hadir dengan saiz yang nipis namun Apple dilihat tidak ketinggalan masih menyertakan kamera yang ditempatkan pada bahagian atas komputer riba. Apple turut mengatakan MacBook Air terbaharu ini merupakan produk mesra alam kerana binaannya adalah berasaskan 100% aluminium yang dikitar semula.

Bagi segi spesifikasi, komputer riba ini dikuasakan cip Intel Core generasi ke-lapan dan dibantu oleh memori 8GB/16GB bersama storan dalaman 128GB/256GB/1.5TB. Di samping itu, Apple memaklumkan bateri komputer riba ini mampu bertahan sepanjang hari – 12 melayari internet secara berterusan/13 jam menonton video secara berterusan.

MacBook ini juga mempunyai Touch ID yang membolehkan pengguna membuka kunci (log in) pada komputer riba ini dengan menggunakan wajah dan cap jari. Selain itu, Apple turut menyertakan cip Apple T2 untuk sokongan sekuriti tambahan ini.

Apple juga dilihat tidak ketinggalan menyertakan sejumlah fungsi penting pada model kali seperti sokongan audio dan sokongan input mikrofon untuk panggilan/ siri. Pun begitu, sokongan Touch Bar tidak disertakan untuk model kali ini.

MacBook Air didatangkan dengan tiga pilihan warna menarik iaitu Spray Grey, Gold dan Silver pada harga jualan :

MEMORI / STORAN HARGA

8GB + 128GB

RM 5,249

8GB + 256GB

RM 6,099

8GB + 512GB

RM 6,949

8GB + 1.5TB

RM 1,0349

16GB + 128GB

RM 6,129

16GB + 256GB

RM 6,979

16GB + 512 GB

RM 7,829

16GB + 1.5TB

RM 1,1229

Untuk butiran lanjut mengenai harga, sila layari SINI.

You might also like