
Bersempena dengan temasya sukan bola sepak FIFA World Cup Russia 2018 yang akan berlangsung tidak lama lagi, Celcom hari ini melancarkan kempen #kitaboleh, menawarkan peranti vivo secara percuma dan diskaun menarik untuk pelan pascabayar Xpax.
Melalui kempen ini, mana-mana pelanggan yang mendaftar pelan Celcom FIRST Platinum dengan komitmen bermula RM148 akan menerima vivo V9 (RM1,399) secara percuma. Sementara, pelanggan yang berminat dengan pelan Celcom FIRST Gold Supreme dengan bayaran bil bulanan bermula RM128 akan membawa pulang vivo Y71 (RM799).
Selain daripada pelan yang disebutkan tadi, pelanggan yang ingin mendapatkan antara dua peranti ini perlu membayar harga peranti dengan harga subsidi. Seperti biasa, pelan yang ditawarkan didatangkan dengan kontrak selama 24 bulan atau penalti dikenakan.
Disamping menawarkan peranti percuma, Celcom turut mengadakan promosi dimana pelanggan di bawah umur 25 tahun boleh mendapatkan peranti vivo dengan diskaun melebihi 50 peratus apabila mendaftar pelan pascabayar Xpax. Pembelian peranti boleh dibuat secara ansuran dengan pelan ansuran mudah (EPP) selama 24 bulan. Pelan pascabayar Xpax bermula dengan RM50 sebulan.
Bagi mendapatkan maklumat lanjut mengenai kempen #kitaboleh, layari portal rasmi Celcom hari ini.