honor Malaysia : RM1,999 Bukan Harga Yang Disyorkan Untuk honor 10?!

Berikutan daripada laporan mengenai ketirisan dokumen yang memaparkan harga jualan honor 10 di media sosial baru-baru ini, pihak honor Malaysia telah mengeluarkan kenyataan rasmi bahawa dokumen yang diedarkan bukanlah salinan akhir dan ditandatangani antara pihak yang terlibat.

honor Malaysia juga percaya bahawa kesemua dokumen undang-undang harus dirahsiakan bagi melindungi pihak yang terikat dengan kontrak dan sebarang maklumat berkaitan syarikat dan jenama tidak boleh dikongsikan dengan mana-mana pihak di luar perjanjian.

Mengambil perkara ini dengan sangat serius kerana ia dilihat telah melanggar kepercayaan, dan juga bertentangan dengan etika jenama honor. Pihak honor Malaysia juga dikatakan sedang menyiasat perkara ini dan ingin mendapatkan kerjasama dan juga pemahaman daripada orang ramai.

Untuk pengetahuan, honor 10 akan dilancarkan secara rasmi di pasaran Malaysia pada 22 Mei 2018. Ingin mengetahui harga rasmi bagi telefon pintar ini, jangan ketinggalan untuk ikuti eRing.

You might also like