- Iklan -

YouTube Bawakan Tema Gelap Untuk Pengguna Telefon Pintar

- Iklan -

Youtube hari ini memperkenalkan satu ciri baru yang dipanggil Dark Theme untuk pengguna telefon pintar dan tablet. Tema gelap ini bukanlah ciri baru tetapi sudah ditawarkan pada pengguna dekstop tahun lepas.

Sudah pasti dengan peredaran masa, pengguna lebih gemar menonton YouTube pada peranti pintar berbanding membuka komputer atau laptop. Melalui tema gelap ini, pengguna lebih selesa menonton semasa berada di dalam persekitaran gelap lebih-lebih lagi didalam bilik tidur. Selain itu, YouTube juga memaklumkan tema gelap akan mengurangkan silau cahaya dan kandungan video lebih menyerlah.

Pilihan tema gelap buat masa ini ditawarkan kepada pengguna iPhone dan iPad sementara pengguna Android akan menerimanya tidak lama lagi.

- Iklan -

You might also like