
Maxis Berhad dengan kerjasama HUAWEI bakal memulakan percubaan rangkaian 5G pertama di Malaysia awal minggu ini di Cyberjaya – Difahamkan, ia dikatakan hadir dengan kelajuan muat turun setinggi 3Gbps dan akan berlangsung selama enam bulan.

Ketua Pegawai Teknologi Maxis, Morten Bangsgaard berkata ujian berkenaan bakal memberikan analisis yang mendalam tentang ciri-ciri 5G termasuk : penggunaan spektrum dalam band yang lebih tinggi, kewujudan bersama dengan perkhidmatan semasa serta kelajuan internet mudah alih dan aplikasi realiti maya (VR) ultra tinggi.

Menariknya, apabila rangkaian 5G ini tersedia kelak, ia dijangka memberikan kelajuan lebih cepat sehingga 10 kali lebih tinggi berbanding 4G. Beberapa aplikasi yang akan bermanfaat daripada keupayaan 5G termasuk pemanduan autonomi, pengilangan pintar, pembantu AI peribadi dan inisiatif bandar pintar.

