
Cepat! Masa Semakin Suntuk Untuk Anda Menaik Taraf Ke Windows 10 Secara Percuma
Anda cuma ada lagi kurang dari sebulan bagi mendapatkan naik taraf ke Windows 10 secara percuma! Tawaran yang dibuka kepada pengguna yang memiliki sistem operasi Windows 7 dan Windows 8.1 itu akan berakhir pada 29 Julai ini.
Jadi jika anda belum menaik taraf, cepat-cepatlah lakukan proses tersebut, ini kerana selepas ini proses tersebut mungkin akan dikenakan bayaran. Windows pula telah pun mengeluarkan pelbagai sokongan dan fungsi menarik di dalam Windows 10 yang harus anda cuba sendiri.