
Lumi News
Adakah anda seorang yang gemar membaca berita dan artikel? Jika ya, pastinya anda menghadapi masalah mencari artikel dan berita kegemaran di dalam lambakan informasi di dalam internet. Ering ingin memperkenalkan Lumi, aplikasi bijak yang mampu mengumpul berita dan artikel untuk anda, ia seolah-olah anda mempunyai majalah tersendiri.
Bagaimana Lumi mengenali corak bacaan anda? Ia menyimpan rekod bacaan dan carian anda, dan lama-kelamaan Lumi dapat menghasil dan mengumpulkan berita yang menarik buat anda berdasarkan maklumat yang disimpan. Lumi mendapatkan sumber bacaan dari pelbagai pihak, baik dari publisher yang terkenal mahupun blog-blog tempatan.
Muat Turun
- RM 0
- 4.9 MB
- Android 4.1 dan ke atas
- RM 0
- 14.9 MB
- iOS 8.1 dan ke atas