Maxis Perkenal Hotlink Postpaid & Fibre, Bawa Kesalinghubungan Tergabung Kepada Lebih Ramai Rakyat Malaysia!

- Iklan -

Rakyat di seluruh negara kini semakin terhubung berbanding sebelumnya, dan mereka terus mencari perkhidmatan digital yang lengkap dan tergabung untuk digunakan di rumah dan di mana sahaja. Sejajar dengan itu, Maxis telah melancarkan pelan Hotlink Postpaid dan Fibre baru untuk memberikan pengalaman lebih menyeluruh dan bermanfaat kepada pelanggan.

Dengan tawaran baru ini, pelanggan baru dan sedia ada Hotlink Postpaid 60 kini mempunyai pilihan untuk menggabungkan pelan mudah alih mereka dengan Maxis Home Fibre yang memberikan mereka 2x lebih banyak data dengan data 30GB sepanjang hari dan data YouTube 30GB, dengan menambah mana-mana pelan Maxis Fibre dari RM89 sebulan. Ini menjadikan kesalinghubungan berkelajuan tinggi lebih mudah diakses oleh rakyat Malaysia
sama ada di rumah atau di mana sahaja.

Hotlink Postpaid dan Fibre juga menawarkan kelajuan internet yang pantas sehingga 800Mbps. Pelanggan yang tinggal di kawasan tanpa liputan fibre boleh memilih untuk melanggan Maxis Home 4G WiFi sebagai gantinya.

Pelanggan juga berpeluang membeli peranti mudah alih terkini dengan hanya RM1 atau mendapatkan peranti rumah yang menarik seperti Tablet Lenovo, Samsung Smart TV atau Samsung Monitor, dengan Home Zerolution dari RM1 sebulan. Pelanggan juga boleh mendapatkan Panggilan & SMS Tanpa Had ke semua rangkaian dan menikmati Rangkaian No. 1 untuk bekerja, belajar atau berhibur.

Untuk maklumat lebih lanjut mengenai Hotlink Postpaid dan Fibre, sila layari laman sesawang Hotlink.

You might also like