
Jenama peranti pintar Wiko Malaysia hari ini telah mengumumkan secara rasmi peranti Wiko Sunny4 bagi pasaran Malaysia bermula hari ini dan dijual pada harga RM199. Pembelian peranti ini akan menerima pelindung skrin dan sarung pelindung secara percuma.
Menariknya anda akan menerima jaminan selama 1 tahun dan anda boleh menikmati jaminan penukaran 1 ke 1 dalam tempoh 120 hari.
Peranti yang memfokuskan kepada segmen kelas permulaan dihadirkan dengan paparan skrin 5.0 inci FWVGA (480 x 854 piksel). Dikuasakan oleh cipset Cortex-A7 empat teras berkelajuan 1.3GHz dan dioperasikan dengan Android 8.1 Oreo (Go Edition).
Melengkapi spesifikasi peranti ini adalah aspek memori apabila ia tampil dengan 1GB + 16GB dan microSD sehingga 32GB. Kapasiti bateri pula 2200mAh.
Bagi aspek kamera pula, ia tampil dengan 5MP bagi kamera belakang dan hadapan yang menyokong Face Beauty, HDR, Live Filter, Time-Lapse serta mod profesional.
Peranti ini hadir dengan 3 varian warna iaitu Dark Grey, Blue dan Gold.
___________________________
Artikel Berkaitan:

