Jualan Atas Talian Pertama Peranti Vivo S1 Di Lazada, Shopee, Go Shop Dan Senheng – Dijual Pada Harga RM1099 Berserta Hadiah Percuma Bernilai RM99

1553

Vivo yang merupakan jenama peranti pintar terkemuka kini telah berkolaborasi bersama Lazada, Shopee, Astro Go Shop dan Senheng bagi jualan atas talian pertama peranti Vivo S1 bagi pasaran Malaysia. Peranti ini bakal dijual pada harga RM1099 dan anda akan menerima hadiah percuma bernilai RM99.

Lebih menarik, Vivo S1 akan mengadakan jelajah ‘Superday Roadshow’ pada 3 Ogos 2019 di Central i-City, Shah Alam. Pelbagai hadiah menarik dan persembahan turut diadakan pada jelajah tersebut. Terdapat juga cabutan bertuah kepada pengunjung yang bertuah.

Vivo S1 ini pastinya sebuah peranti yang stylish dan sesuai bagi golongan muda. Hadir dengan paparan skrin 6.38 Full HD+ Super Amoled Ultra All Screen memberikan perspektif baharu kepada pengguna.

Dikuasakan oleh Mediatek Helio P65 Octa Core processor dan dilengkapi dengan 6GB RAM dan 128GB ROM. Ia juga tampil dengan Funtouch OS 9 (berdasarkan Android 9.0 Pie).

Kamera juga tidak mengecewakan apabila ia hadir dengan 16MP+8MP+2MP bagi kamera belakang dan 32MP bagi kamera hadapan. Lebih menarik, ia turut dihadirkan dengan kapasiti bateri sebesar 4500mAh (Dual Engine Fast Charging).

Dihadirkan dengan 2 varian warna iaitu Diamond Black dan Skyline Blue.

Bagi mendapatkan maklumat lanjut, layari laman sesawang Vivo Malaysia atau Facebook Vivo Malaysia.

 

Berminat vivo S1, boleh beli di:

__________________

Artikel Berkaitan: