
Program ‘e-Tunai Rakyat’ Insentif RM30 bermula hari ini! Penebusan boleh sehingga 14 Mac 2020 dan pelbagai ganjaran ekstra yang ditawarkan. Salah satunya, penebusan menerusi aplikasi Touch n Go eWallet membolehkan korang berpeluang menerima bonus eksklusif (cashback) sebanyak RM30.

Promosi ini terhad kepada 1,000,000 pengguna Touch n Go eWallet yang terawal. Pun begitu! Bagi melayakkan korang dapat ganjaran ini, korang PERLU memenuhi beberapa syarat di bawah :
- Warganegara Malaysia
- Berumur 18 tahun & ke atas pada tahun 2020
- Kemukakan tuntutan untuk e-Tunai Rakyat menerusi aplikasi Touch n Go eWallet sahaja
- Lengkapkan pengesahan akaun di aplikasi Touch n Go eWallet

Bagaimanapun, penebusan bonus eksklusif (cashback) tidak valid untuk korang yang :
- TIDAK MEMBUAT tuntutan menerusi aplikasi Touch n Go eWallet
- GAGAL untuk penebusan di aplikasi Touch n Go eWallet – kerana telah berjaya membuat tuntunan menerusi aplikasi e-Wallet yang lain.
[PERINGATAN MESRA : Hanya satu aplikasi sahaja boleh digunakan untuk setiap penebusan! Maklumat lanjut, layari Touch n Go ]

Promosi ini TIDAK BOLEH DIGUNA PAKAI bagi mana-mana perkhidmatan berikut:
- Pemindahan
- Bayaran Tol melalui PayDirect
- Bayaran Tol melalui RFID
- Bayaran Tempat Letak Kereta melalui PayDirect
Muat Turun
Artikel Berkaitan :

