Program ‘e-Tunai Rakyat’ – Insentif RM30 Kepada Pengguna e-Wallet Berpendapatan Tahunan Kurang Daripada RM100k

Touch ‘n Go eWallet, Boost dan GrabPay kini telah dipilih untuk mengambil bahagian dalam program ‘e-Tunai Rakyat’ – satu inisiatif rangsangan digital Kerajaan Malaysia yang diumumkan oleh Kementerian Kewangan di pembentangan belanjawan 2020 dalam usaha mengurangkan beban demi kesejahteraan hidup.

Melalui inisiatif ini, rakyat Malaysia yang berumur 18 tahun ke atas dan mempunyai pendapatan tahunan kurang daripada RM100,000 layak untuk mendapat RM30 secara one-off. Kempen bermula 15 Januari 2020 – 14 Mac 2020. Tuntutan boleh dibuat dan digunakan sepenuhnya dalam tempoh masa 2 bulan.

Penglibatan Touch ‘n Go eWallet membolehkan rakyat Malaysia menikmati manfaat ‘e-Tunai Rakyat’ melalui Touch ‘n Go eWallet. Rakyat Malaysia yang layak boleh menebus dan menggunakan dana ini di mana-mana 110,000 rakan niaga mengambil bahagian termasuk stesen petrol, tiket wayang dan kapal terbang, utiliti dan pasaraya.

Pengguna juga boleh membuat bayaran untuk bil telefon, pembelian dalam aplikasi dan bayaran tol melalui eWallet seperti PayDirect dan RFID. Untuk menebus melalui Touch ‘n Go eWallet, pengguna perlu mendaftar dengan akaun Touch ‘n Go eWallet dan lengkapkan proses Pengesahan Akaun (proses eKYC).  Untuk pengesahan, pengguna perlu mengambil gambar kad pengenalan (IC) dan swafoto serta mengisi butiran peribadi.

Seterusnya,  Grab juga amat mengalu – alukan dan menyokong sepenuhnya langkah progresif kerajaan untuk mempercepat penggunaan e-wallet dan pembayaran digital di kalangan rakyat Malaysia. Walaupun penembusan mudah alih dan kesedaran pembayaran mudah alih adalah hanya 8% daripada rakyat Malaysia menggunakan e-dompet.

Di samping itu, Grab turut memperkenalkan perkhidmatan penghantaran barangan terkini, GrabMart dan dalam usaha memperluaskan GrabPay serta GrabFood di seluruh negara. Ia termasuklah barangan runcit, alat tulis, produk kesihatan & kesejahteraan. Untuk maklumat lanjut, lawati laman web Touch ‘n Go eWallet ( www.tngdigital.com.my ), Boost ( www.myboost.com.my ) dan GrabPay ( www.grab.com/my/pay/).

You might also like