Samsung Galaxy S8 Dan S8+ Versi Microsoft

Sistem operasi Windows 10 Mobile ketinggalan jauh di belakang Android dan juga iOS, namun masih ada beberapa kelompok pengguna masih menggunakan sistem operasi ini kerana aplikasi dan fungsi produktiviti. Namun secara perlahan Microsoft menukar strategi mereka dengan meletakkan fokus kepada aplikasi mobil.

Lebih istimewa untuk Galaxy S8 dan S8+ kerana Microsoft akan mengeluarkan versi mereka sendiri yang akan disiap pasang aplikasi Cortana, OneDrive, Outlook, Skype dan MSN News yang akan dijual melalui laman Microsoft.

Samsung Galaxy S8 Microsoft Edition dijual pada harga USD749.99 (kira-kira RM3,319) dan Galaxy S8 Plus USD849.99 (kira-kira RM3761).

You might also like