HARGA: RM 2,990 (4K) i rm 1,990 (hd)
Kamera aksi dengan kebolehan rakaman dan tangkapan imej 360 darjah kini sudah tiba di Malaysia. Apa yang membezakan kamera aksi 360fly 4K dengan kamera aksi lain adalah ia hanya menggunakan satu lensa sahaja bagi mendapatkan imej 360 darjah, setup ini sekali gus menyingkirkan proses stitching yang kebiasaannya diaplikasikan kamera 360 darjah dengan beberapa lensa atau multiple shot. Hadir dalam dua variasi iaitu 360fly HD dan 360fly 4K, kedua-duanya boleh disambungkan ke aplikasi 360fly yang disediakan untuk peranti iOS dan juga Android.
PAKEJ PEMBUNGKUSAN
PERBEZAAN SPESIFIKASI
| 360fly 4K | 360fly HD | |
| Saiz | 61mm Sphere | |
| Berat | 172g | 142g |
| Kapasiti Storan | 64GB | 16GB |
| Resolusi | 2880 x 2880 Piksel | 1504 x 1504 Piksel |
| Penggambaran | 16 Megapiksel | – |
| Sambungan | Wi-Fi 802.11b/g/n & Bluetooth 4.0 | |
| Kadar Saiz Rakaman | 50 Mbps | 20 Mbps |
| Bateri | 1780mAh | 1630mAh |
| Masa | Masa Merakam: 1.5 jam (4K) |
Masa Merakam: 2 jam (HD) |
| Masa menunggu : 14 jam | ||
| Masa mengecas : 2.5 jam (penuh) | ||
| Format Audio | Stereo ACC 48KHz 96Kbps | Mono ACC 48KHz 64 Kbps |
| IP67 Rating | Kalis air (kedalaman 1 meter), kalis debu & hentakan | |
| Warna LED | 4 warna yang terdiri daripada merah, ungu, hijau & biru | |
FIZIKAL
Fizikal merupakan salah satu aspek utama yang akan dititikberatkan oleh pengguna apabila ingin memilih kamera aksi. Selain menawarkan rekaan yang kompak, bahagian badan 360fly 4K telah dibina dengan menggunakan bahan berkualiti yang pastinya tahan lasak yang biasa digunakan pada kamera aksi seperti Sony Action Cam, GoPro dan juga ViDi.
• Menawarkan rekaan bulat untuk penggambaran 360 darjah.
• Pada bahagian sisi terdapat butang yang perlu ditekan beberapa saat untuk sambungan.
• Kehadiran dua mikrofon memudahkan membuat rakaman audio/video dengan lebih jelas.
• Bahagian bawah menyediakan port untuk mengecas.
• Bagi melindungi 360fly 4K daripada terjatuh dan tercalar, anda disarankan menggunakan beg khas.
Terdapat 3 lampu LED yang akan dipaparkan, di antaranya adalah:-
Ungu: Bateri rendah
Merah: Berjaya disambungkan
Hijau: Sedang mengecas
Biru: Bateri penuh
Cara Pantas Menyambungkan 360fly 4K
Muat turun aplikasi 360fly
• Android
• iOS
▲ Keluarkan kamera aksi 360fly 4K dari kotak pembungkusan, kemudian cas sekurang-kurangnya 30 minit sebelum menggunakannya.
▲ Tekan butang selama 4 saat sehingga lampu berwarna biru akan menyala.
▲ Buka aplikasi 360fly pada smartphone anda, cari kamera aksi 360fly yang berada berdekatan anda kemudian sambungkan.
▲ Ikuti arahan tersedia, dan selepas semuanya selesai anda sudah boleh menggunakannya.
**Nota**
Kepada penguna iOS, anda perlu sambungkan ke rangkaian WiFi terlebih
dahulu sebelum boleh menggunakannya.
Aplikasi Livit
Selain itu, terdapat satu lagi aplikasi yang dikenali sebagai Livit, yang mana membolehkan pengguna memaparkan video secara langsung dan juga realiti maya terus daripada smartphone kepada rakan-rakan serta followers. Anda juga boleh menonton sendiri video yang diambil mahupun berkongsi dengan rakan-rakan di laman sosial Facebook dan juga YouTube di seluruh dunia.
APA YANG COOL?
UI Mesra Pengguna
Sebelum memulakan penggambaran mahupun membuat rakaman video 4K, anda boleh melakukan beberapa tetapan pada peranti ini terlebih dahulu. Selain menyediakan paparan antaramuka yang mesra pengguna, ianya juga akan memaparkan status bateri 306fly 4K untuk kemudahan pengguna.

Rakaman Video 4K First-Person POV
Salah satu kelebihan yang dimiliki oleh kamera aksi ini, ia mampu membuat merakam video 4K yang nampaknya semakin menjadi tren hari ini. Istimewanya 360fly 4K, ia dilengkapi dengan beberapa mod di antaranya First-Person POV, Time-lapse video, Continuous recording serta Burst phone yang mana boleh membuat rakaman walaupun anda sedang melakukan aktiviti riadah dan ekstrem.
▲ Rakaman video 360 darjah dalam kualiti 4K
Tahan Lasak Dengan IP67
Tahan lasak bukanlah sesuatu yang baru pada kamera aksi yang diperkenalkan pada hari ini. Apa yang menariknya 360fly 4K, ia sesuai untuk pengguna yang lasak kerana kamera aksi ini menyokong pengiktirafan IP67, yang pastinya kalis air sedalam 10 meter selama 30 minit, tahan hentakkan dan juga debu/habuk.
Hasil Gambar & Video 4K



Ulasan: Berdasarkan hasil gambar tersebut, ketiga-tiga gambar yang diambil di dalam tiga mod berbeza membuktikan gambar malam masih memuaskan walaupun ianya diambil dalam pencahayaan yang kurang tetapi adanya fungsi lighting ianya agak membantu. Bukan itu sahaja, gambar outdoor dan indoor yang diambil dengan pencahayaan yang mencukupi ini berjaya mengekalkan warna sebenar tanpa sebarang penambahan warna.
RUMUSAN
Pro
- Berkemampuan membuat rakaman video berkualiti 4K dengan pelbagai mod menarik.
- Rekaan kompak dan ringan mudah dibawa ke mana sahaja.
- Sesuai untuk mereka yang aktif, di mana ia mempertaruhkan fungsi tahan lasak dengan pengiktirafan IP67.
- Penggambaran 16 Megapiksel sangat menonjol walaupun diambil dalam pencahayaan terhad.
Kontra
- Kamera aksi 360fly 4K menggunakan satu sensor, maka gambar yang terhasil bukanlah sfera sebaliknya hemisfera.
- Sekiranya bersambung ke mod pengecasan, anda tidak boleh menggunakan peranti ini.
- Bateri berkapasiti 1780mAh juga cepat habis terutamanya apabila membuat rakaman video 4K dan mudah panas.
- Harga yang ditawarkan agak mahal kalau dibandingkan dengan kamera aksi yang ada di pasaran.












