WOW! Kecerdasan Buatan Memimik Gaya Gambar Dan Mengaplikasikannya Kepada Foto Anda
Kecerdasan buatan (AI) kini digunakan secara meluas bagi membantu pengguna peranti pintar melakukan tugasan harian, dari membuat nota, peringatan sehinggalah kepada membeli belah, semua ini boleh dilakukan dengan arahah suara.
Namun pernahkan anda mendengar terma ‘style transfer‘? Ia merupakan teknik dan kebolehan AI untuk mengaplikasikan gaya suntingan ke atas sesuatu imej, walaupun memberikan keunikan kepada gambar yang disunting, gambar yang dihasilkan kurang realistik. Contohnya seperti yang dapat kita lihat pada aplikasi Prisma dan seumpamanya.
Kini terdapat satu lagi teknik terbaru dikenali sebagai Deep Photo Style Transfer, di mana AI akan pergi lebih dalam untuk mengutip informasi dan ciri-ciri sebuah gambar sebelum ia mengaplikasikannya pada gambar lain. Hasilnya cukup mengagumkan!

