
Seperti yang anda semua sedia maklum, tidak lama lagi OPPO R9s akan dilancarkan, dan OPPO Malaysia telah pun mendedahkan selebriti yang akan menjadi wajah promosi peranti tersebut terdiri dari Fattah Amin, Min Chen, dan Ayda Jebat. Baru-baru ini OPPO memberikan klu bahawa seseorang dengan nama LEE akan menyertai pasukan selebriti sebagai duta telefon pintar tersebut.
Sumber yang boleh dipercayai telah mengesan pelakon Korea terkenal, Lee Min Ho sedang menjalani penggambaran iklan TV OPPO R9s bersama Min Chen. Pasangan itu dikesan di Yeouido dan Sungai Han di Korea Selatan.
Kita tunggu 5 Januari nanti untuk melihat peranti OPPO R9s yang hadir dengan 16 Megapiksel kamera diperkenalkan secara rasmi.