Pra Tempah Sony NW – A100TPS Walkman Kini Dibuka – Berharga RM1,799 & Ketersediaan Terhad!

Ternyata nostalgia! Sony kini ‘hidupkan kembali’ Walkman dengan kemunculan Sony NW-A100TPS Walkman. Jika diteliti, Sony NW-A100TPS Walkman tampil menarik dengan kemasa logo ulang tahun ke – 40 yang menghiasi panel belakang dan dilengkapi dengan kes lembut dan pakej lembut yang diilhamkan oleh TPS-L2.

Sony NW-A100TPS tersedia dalam warna hitam dan dilengkapi storan dalaman sebesar 16GB – boleh dikembangkan menggunakan kad SD mikro. Selain itu, ia juga menyokong sambungan wayarles untuk streaming melalui Bluetooth.

Bagi yang berminat, pra-tempahan Sony NW-A100TPS kini telah pun dibuka sehingga 13 Disember 2019 dan ia ditawarkan pada harga RM 1,799 untuk seunit. Ia boleh didapati menerusi beberapa platform berbeza termasuk Sony Stores, Sony Store Online, Sony Centre terpilih dan pengedar sah Sony. Maklumat lanjut layari Sony Malaysia.

You might also like