
Kamera vivo Diiktiraf Jurugambar Terkenal National Geography
Kamera pada telefon pintar semakin hari semakin baik, ia juga memberikan setiap orang peluang untuk menjadi seorang jurugambar, di mana seseorang itu boleh menyelami kehidupan seharian hanya menggunakan lensa kamera sahaja.
Oleh itu, vivo telah menjalinkan kolaborasi bersama jurugambar terkenal National Geography iaitu Michael Yamashita dan empat orang yang lain. Mereka telah mengembara ke Amerika Syarikat, China, Mexico dan India selama tiga bulan untuk merakam gambar-gambar menarik di bandar serta pelusuk kampung.
Menggunakan telefon pintar vivo, mereka mampu merakam setiap gambar alam semula jadi dan kehidupan manusia dengan lebih terperinci. Melalui gambar yang dirakam, vivo membuktikan setiap orang berkebolehan untuk menjadi seorang jurugambar profesional.


Setiap gambar yang dirakam menceritakan kisah disebaliknya, termasuk riak muka dari seorang lelaki, gelagat kanak-kanak bermain, kelakuan binatang malah pemandangan juga dapat memberikan ketenangan fikiran.

