
iPhone Akan Datang Dengan Fungsi Laser 3D?
Tidak dinafikan bahawa syarikat dari Cupertino ini sering membangunkan inovasi teknologi kepada syarikat-syarikat pengeluar telefon pintar yang lain. Namun untuk meletakkan fungsi Laser 3D pada kamera telefon bukan lagi bahan yang baru, cuma Apple ingin melihat dahulu pasaran dan permintaan pengguna.
Terbaru, para jurutera iPhone kini sedang berusaha membangunkan teknologi VCSEL (Vertical Cavity Surface Emitting Laser) pada iPhone 8 akan datang. Perkara ini telah dimaklumkan oleh sebuah syarikat penerbitan majalah teknologi AS, FastCompany sendiri.
Selain itu, sistem pemfokusan pada kamera juga dipertingkatkan bagi menghasilkan pengalaman AR di iPhone menjadi lebih efektif. Apple menamakan sistem AR ini sebagai ARKit membolehkan para pembangun menggunakan kamera iPhone sendiri untuk mencipta aplikasi.
Maklumat selanjutnya menyatakan perkakasan ini akan dibekalkan oleh Lumentum, Finisar dan II-V1. Bagaimanapun, sumber juga memberitahu isu sensor 3D pada paparan iPhone masih lagi dalam ujian dan mungkin akan hadir pada tahun depan atau tahun yang berikut.

