- Iklan -

Pre-Order ASUS ROG Phone 2 Bermula Hari Ini – Eksklusif Di Shopee!

Sekian lama menunggu, akhirnya tiba saat yang dinantikan! ASUS ROG Phone II (12GB RAM + 512GB ROM) bakal tiba di Malaysia pada 16 Oktober ini! Menambah keriangan ramai, sesi pra-tempah untuk peranti tersebut kini telah pun dibuka – eksklusif di Shopee!

Bagi yang berminat, pra-tempahan boleh dibuat bermula hari ini – 15 Oktober 2019 dengan meletakkan deposit sebanyak RM999 (deposit tidak akan dipulangkan). Lebih menarik, setiap pembelian didatangkan dengan penawaran menarik termasuk ROG Kunai GamePad, Aeroactive Cooler II dan ROG Phone II Aero Case.

Checkout dengan kod promo ROG 2 COIN untuk menikmati Shopee Coins cashback bernilai RM200. Pembeli perlu melengkapkan setiap pra-tempatan dengan pembayaran penuh pada 20 Oktober kelak.

 

KHAS UNTUK PEMBELI DI LEMBAH KLANG!

Mana-mana pembeli yang selesai membuat pembayaran penuh pada 16 Oktober 2019 – bakal menerima peranti pada keesokkan harinya. Tetapi, ROG Kunai GamePad akan dihantar secara berasingan – selepas 11 November. Pre-order di sini : Shopee Malaysia.

You might also like