
Berita baik untuk penggemar gajet! OnePlus kini memansuhkan sistem “Invitation” untuk membeli peranti OnePlus 2 mereka supaya anda tidak lagi tertunggu-tunggu untuk mendapatkan peranti tersebut. Sistem yang digunakan semenjak pengenalan peranti OnePlus One itu telah diumumkan akan dimansuhkan oleh Carl Pei melalui laman forum syarikatnya. Namun begitu, sistem invitation masih diguna pakai untuk mendapatkan peranti OnePlus X.