
Sony sebelum ini telah mengumumkan aksesori untuk PlayStation 4 yang diberi nama DualShock 4 Wireless Controller. Kali ini, ia hadir dengan tiga pilihan warna baru iaitu gold, silver dan juga hitam. Ketiga-tiganya menawarkan sokongan multi-touch dan touch-pad baru serta hadir dengan speaker terbina seperti alat kawalan asal PlayStation 4. Selain itu, Sony juga tidak melepas peluang untuk menawarkan DualShock4 edisi terhad yang bertemakan StarWars. DualShock 4 ini ditawarkan pada harga RM209 dan boleh dibeli terus melalui laman jualan Sony Malaysia di laman sesawang store.sony.com.my.


