Dropbox Akan Menghentikan Servis Aplikasi Mailbox dan Carousel

Pada tahun 2013, syarikat Dropbox telah membeli aplikasi Mailbox dan Carousel sebagai salah satu servis digital di bawah syarikat itu. Namun, Dropbox mengumumkan yang kedua-dua servis aplikasi ini akan diberhentikan pada awal 2016 untuk memberi fokus kepada aplikasi Dropbox.

1

Aplikasi Carousel akan diintegrasikan ke aplikasi Dropbox sebelum ianya diberhentikan pada 31 Mac 2016, sementara Mailbox akan ditamatkan pada 26 Februari 2016. Kepada mereka yang menggunakan aplikasi ini, Dropbox menggesa anda supaya memuat turun semua data yang disimpan pada aplikasi tersebut sebelum servisnya ditamatkan.

Walaupun penamatan aplikasi Carousel mungkin tidak memberikan impak yang besar, namun aplikasi Mailbox sememangnya mempunyai sebilangan pengguna yang gemari. Menurut pihak Dropbox, mereka akan menyediakan kemudahan kepada pengguna untuk memindahkan dan membuat transasi daripada aplikasi ini dengan lebih mudah.

You might also like