XOX Mobile Merevolusi Sistem Pasca-bayar Dengan Memperkenalkan Pakej Kongsi Keuntungan

XOX2

XOX Mobile baru-baru ini telah memperkenalkan pakej pasca-bayar mereka yang hadir dengan sistem baru yang bertujuan memberikan ganjaran kepada pengguna dan berkongsi keuntungan. Menurut Datuk Eddie Chai, XOX Mobile mengambil masa yang lama untuk melakukan kajian intensif bagi memastikan model pelan pasca-bayar tersebut merangkumi kebaikan menyeluruh buat mereka dan pengguna.

Beliau juga memberitahu semasa pra-pelancaran pakej tersebut, mereka berjaya menarik lebih daripada 15,000 pengguna pada bulan November 2015. Terdapat 3 pelan yang ditawarkan pada pakej pasca-bayar ini iaitu Super 58, Ultra 108 dan Pro 158.

Plan Super 58 Ultra 108 Pro 158
Bayaran Bulanan RM 50 RM 100 RM 150
Kuota Internet (4G LTE) 1GB 3.5GB 4.5GB
Panggilan percuma

(ke semua rangkaian)

210 mins 310 mins 520 mins
SMS percuma

(ke semua rangkaian)

100 SMS 150 SMS 300 SMS

Encik  Ng Kok Heng ( XOX Berhad’s Group Chief Executive Officer) turut menambah bahawa mereka yang melanggan pakej ini akan mendapat banyak manfaat, terutamanya dari segi kewangan. XOX Mobile menawarkan pelbagai insentif kepada anda seperti Activation Incentives,Trailing Incentives dan  Performance Profit Sharing.

Insentif Deskripsi
Activation Incentives Insentif akan diberikan bergantung kepada jenis pelan yang dilanggan.

(RM150 untuk Pro 158 dan RM50 untuk Super 58)

Trailing Incentives Menawarkan insentif sehingga 6% bergantung kepada durasi bil
Performance Profit Sharing Insentif sebanyak 13% akan diberikan apabila anda mengajak kenalan melanggan pakej pasca-bayar XOX Mobile
You might also like