
Qualcomm Akan Melancarkan Pemproses Terbaru – Snapdragon 660 Diikuti 635, 630
Qualcomm telahpun mengumumkan bahawa mereka akan melancarkan cip terbaru, Snapdragon 660 bagi menggantikan Snapdragon 652 pada 9 Mei depan. Namun begitu, ada khabar angin mengatakan Qualcomm juga ingin mengeluarkan dua pemproses Snapdragon 635 dan juga Snapdragon 630 bersama-sama.
Kenyataan ini dinyatakan oleh Roland Quandt, yang sering memberi maklumat yang boleh dipercayai. Namun, adakah benar? Kita lihat nanti.