KAWKAW™ SQUAD! – Celcom Xpax Khas Buat Para Pelajar Diperkenalkan

Celcom tidak putus-putus memberikan ganjaran dan keistimewaan buat para pelanggannya. Kali ini KAWKAW™ Squad adalah promosi secara eksklusif untuk para belajar di bawah umur 25 tahun. Tawaran lebih banyak data ini diberikan tanpa mengenakan caj tambahan. Pelajar yang menyertai KAWKAW™ Squad akan mendapat lebih 50% lebih data apabila melanggan pelan Internet bulanan.

Disokong oleh kekuatan rangkaian Celcom, Xpax KAWKAW™ Squad menawarkan sehingga 15GB data pada harga RM50 dan 7.5GB pada harga RM30 kepada pelajar. Untuk menikmatinya, pelajar boleh melanggan dengan mendaftar KAWKAW™ Squad melalui aplikasi Xpax atau melalui USSD 188*7*1# dan ikuti arahan selanjutnya.

Xpax KAWKAW™ Squad ini disediakan untuk pelajar yang berumur antara 12 hingga 25 tahun dan boleh didapati apabila mereka mendaftar dengan pek Permulaan SIM Xpax. Harga bagi pek Permulaan SIM Xpax adalah RM10, dan dilengkapi dengan 10GB Internet asas secara PERCUMA dan 10GB PERCUMA untuk melayari Facebook.

Muat Turun Aplikasi Xpax

 

You might also like