98% Pengguna Berpuas Hati Menggunakan AirPods

Apple mengambil kesempatan pada 2016 dengan memperkenalkan AirPods kepada khalayak ramai. Pada mulanya peranti ini mendapat kritikan oleh ramai pengguna kerana reka bentuk yang digunakan sama seperti yang terdapat di dalam kotak pembelian iPhone cuma ia hadir tanpa wayar.

Tambahan lagi, peratus untuk pengguna kehilangannya adalah tinggi kerana Apple hanya menjual AirPods secara sepasang (set lengkap). Tetapi akhir-akhir ini, ramai pengguna telah memberi respon yang baik dengan jumlah sebanyak 82% pengguna sangat berpuas hati, manakala 16% pula menyatakan sekadar berpuas hati.

Jika anda merancang untuk mendapatkannya tanpa menghiraukan soal harga, sila teruskan kerana anda akan berpuas hati dengan kualitinya.

You might also like