Huawei P8 Lite Selamatkan Nyawa Pemiliknya!

1662
- Iklan -

bg_01Nampaknya kes smartphone menyelamatkan tuannya sudah banyak terjadi. Selain HTC dan Samsung, Huawei turut mengalami perkara yang sama. Huawei P8 Lite dikatakan telah menyelamatkan nyawa pemiliknya yang ditembak sebanyak dua kali ketika dalam perjalanan pulang ke rumahnya.

Pemilik DitembakSiraaj Abrahams yang berasal dari Cape Town Afrika Selatan telah dirompak oleh dua orang perompak yang kemudiannya menyerang dan menembak Siraaj Abrahams pada bahagian dada. Mujur, nyawanya masih panjang kerana kedua-dua peluru tersebut berjaya dihalang oleh peranti Huawei P8 Lite yang diletakkan pada poket jaket miliknya.

Sebagai ganjaran, pihak Huawei Afrika Selatan telah menggantikan P8 Lite yang musnah dengan sebuah model terbarunya, P9 Lite. Selain itu, Siraaj Abrahams serta Shamiela akan dijemput sebagai tetamu VIP pada perlawanan Ajax Cape Town yang ditaja oleh Huawei.