Huawei Beri Pulangan Tunai 6% Untuk Hampir Semua Peranti – Tidak Perlu Tunggu 0% GST

Seperti yang semua tahu, kerajaan yang menerajui Malaysia kini telah mengesahkan bahawa cukai GST akan diturunkan kepada sifar menjelang bulan hadapan. Perkara ini sekaligus menjadikan rakyat Malaysia menghentikan seketika pembelian barangan kehendak terutamanya dalam pembelian telefon pintar.

Walaubagaimanapun, bagi sesiapa yang ingin membeli peranti di bawah jenama Huawei, anda tidak perlu menunggu sehingga hujung bulan ini kerana Huawei kini menawarkan pulangan tunai 6% serta merta untuk hampir semua peranti mereka. Tempoh promosi ini sah sehingga 31 Mei 2018.

 

Dengan mengunjungi kedai sah Huawei seluruh Malaysia, pelanggan yang membuat pembelian mana-mana peranti akan menerima wang tunai sebanyak 6% daripada jumlah yang dibayar. Ini juga sebenarnya wang cukai GST yang boleh menjimatkan poket anda.

 

 

 

 

You might also like