Celcom terus Menyokong Rakyat Malaysia Dengan Pemberian Bantuan!!

Pandemik COVID-19 dan Perintah Kawalan Pergerakan telah menjejaskan kehidupan ramai rakyat Malaysia. Namun Celcom Axiata Berhad (Celcom) terus bersama negara dan menghulurkan tangan kepada komuniti yang terlibat bagi memberikan bantuan digital serta pelbagai inisiatif sokongan lain untuk merapatkan jurang digital dan
membantu masyarakat untuk meneruskan kehidupan.

Sepanjang pandemi, Celcom kekal prihatin terhadapa cabaran harian yang dihadapi oleh rakyat Malaysia dan teru aktif dengan pelbagai kolaborasi dan program yang disasarkan untuk menyokong dan memacu kehidupan masyarakat di seluruh negara, khususnya komuniti yang memerlukan. Ini termasuklah pelajar dan komuniti B40, dan bukan hanya sekadar memastikan mereka terhubung.

Celcom menjangkau golongan pelajar seluruh negara dan menyediakan bantuan kesalinghubungan dengan pelbagai inisiatif seperti PEMERKASA, MyBaikHati, dan Projek Cerdik. Manakala, melalui kerjasama erat dengan Malaysian Relief Agency (MRA), Celcom menyediakan bantuan makanan kepada pelajar B40 di beberapa universiti seluruh negara, serta memberi bantuan kepada masyarakat yang terjejas akibat bencana.

Melalui Projek Cerdik, Celcom telah menyediakan bantuan kesalinghubungan dan digital bernilai RM5 juta, dalam bentuk lebih 20,000 kad SIM parbayar kepada pelajar to B40 menyumbangkan peranti seperti komputer riba dan dongle 4G.

Selain itu, Celcom turut menyediakan bantuan komunikasi kepada Pasukan Tindakan Khas Greater Klang Valley dengan 100 telefon pintar dan pek SIM prabayar. Pasukan Tindakan khas tersebut ditubuhkan oleh Kementerian Kesihatan bagi menangani situasi COVID-19 di kawasan Lembah Kelang, dan memerlukan bantuan komunikasi bagi membantu usaha mereka dan menyediakan kesalinghubungan yang lebih efisyen, kerana ia amat penting dalam mengekang penularan dan mengurangkan lengkungan COVID-19.

Celcom bersama Malaysian Relief Agency (MRA) turut menghulurkan bantuan kepada pelajar yang berada di kampus kerana larangan perjalanan. Sebanyak 8, 000 pek bantuan mengandungi makanan kering dan barangan penjagaan diri diedarkan kepada pelajar B40 di 13 universiti seluruh negara.

Ini termasuklah Universiti Kuala Lumpur, Universiti Teknologi Malaysia, Universiti Tun Hussein Onn, Universiti Malaysia Terengganu, Universiti Sultan Zainal Abidin, Universiti Malaysia Pahang, Universiti Utara Malaysia, Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah International Islamic University, Universiti Sains Malaysia, Universiti Sultan Azlan Shah, dan Universiti Malaysia Sabah. Pek bantuan turut dieadrkan kepada institusi seperti UTMSPACE dan Kolej Yayasan Pelajaran Johor.

You might also like