TP-LINK Smart Home, Pelbagai Peranti Pintar Diperkenalkan

Pada pameran IFA 2016, TP-LINK telah memperlihatkan sejumlah produk pintar mereka bagi memudahkan pengguna mengawal peralatan di rumah. Produk di bawah Smart Home ini merangkumi produk rangkaian TP-LINK yang dihubungkan kepada sejenis peralatan seperti soket, di mana ia boleh dikawal menggunakan aplikasi.

Di antara produk yang diperkenalkan adalah:-

Archer VR2800v & VR2800
Archer VR2800 menawarkan pengalaman rangkaian pantas melalui kehadiran dwi-band AC2800 dengan teknologi 4-saluran yang mampu menyokong kelajuan WiFi sehingga 2800Mbps (2.4GHz pada kelajuan 600Mbps dan 5GHz pada kelajuan 2167Mbps).Archer VR2800v

Dikuasakan oleh pemprosesan Dual Core berkelajuan 1GHz daripada Broadcom, bersama teknologi 4×4 MU-MIMO untuk membolehkan ia dihubungkan dengan lebih banyak peranti. Modem ini juga didatangkan dengan sambungan 4 Ethernet gigabit bersama 2 sambungan USB 3.0, yang membolehkan modem USB sebagai backup jika ketiadaan Internet utama.

Manakala peranti Ancher VR2800v pula hadir dengan sokongan VoIP, namun sekiranya anda tidak menggunakan fungsi ini boleh mendapatkan model Ancher VR2800 yang menawarkan fungsi sama seperti VR2800v, cuma tanpa sokongan VoIP sahaja.

AV2000 Gigabit Powerline AC Wi-Fi Kit
Membolehkan rangkaian Internet di rumah menjalankan tugasan pantas apabila disambungkan pada AV2000 melalui powerline dan AC1200 melalui WiFi. Untuk sambungan berasaskan ethernet, peralatan ini menggunakan kelebihan HomePlug AV2 yang membolehkan penghantaran data dilakukan sehingga 2000Mbps. Bagi sambungan berasaskan WiFi pula, ia menawarkan kelajuan sehingga 1167 Mbps yang merangkumi kelajuan 300Mbps 2.4GHz untuk penggunaan harian dan 867Mbps 5GHz untuk permainan dan penstriman video.AV2000 Gigabit Powerline AC Wi-Fi Kit

RE550 & RE650
Dua lagi produk rangkaian yang turut dilancarkan adalah RE550 dan RE650, ia mampu berfungsi sebagai WiFi extender pada ruang dengan rangkaian WiFi yang lemah. RE550 menawarkan WiFi AC2200 tiga-band bersama teknologi 2×2 MU-MIMO dengan kelajuan sehingga 2134Mbps. Manakala RE650 pula menyokong WiFi AC2600 dwi-band dengan teknologi 4×4 MU-MIMO pada kelajuan mencapai 2533Mbps.

AC2600-RE650-Wi-Fi-Range-Extender

You might also like