Samsung Membantu Masyarakat Kampung Ulu Tual Dalam Pembangunan Asas

Sukarelawan Samsung menghadiahkan barangan keperluan asas kepada Ketua Kampung Ulu Tual

Pada tahun 2015, buat pertama kalinya Samsung Malaysia Electronics mengambil inisiatif jangkauan masyarakatnya di Kampung Ulu Tual di Kuala Lipis, Pahang. Kampung Ulu Tual adalah sebuah kampung yang diguna pakai oleh Samsung untuk diteraju di bawah bendera korporatnya.

Sukarelawan Samsung menghabiskan masa dengan penduduk tempatan dengan melakukan pembaikan infrastruktur kampung, mengajar penduduk mengenai alat pembelajaran tablet Samsung, serta mempelajari budaya-budaya kampung.

Inisiatif ini juga diwujudkan sebagai satu usaha di bawah kempen pembinaan masyarakat “Hope for Tomorrow”. ‘Nanum’ yang bermakna perkongsian dalam bahasa Korea ini sangat sesuai dengan komitmen Samsung yang ingin berkongsi inovasi dan perkembangan sosial bersama masyarakat luar bandar.

Sebelum ini, Kampung Ulu Tual tidak mempunyai akses kepada sumber elektrik yang betul kerana ia terletak di kawasan yang terpencil. Oleh itu, Samsung telah memutuskan untuk memasang panel solar dan kelengkapan tambahan bagi meningkatkan kemudahan bekalan elektrik mereka. Para sukarelawan Samsung juga membantu penduduk tempatan membaiki pondok serta memastikan penduduk kampung mempunyai tempat perlindungan harian yang baik.

Sukarelawan Samsung meluangkan masa mengajar kanak-kanak menggunakan peranti pintar

Pusat Pengajian Komuniti Kampung Ulu Tual atau Pusat Didikan Komuniti (PDK) mempunyai dua guru sepenuh masa yang ditempatkan di sana untuk menyediakan pendidikan kepada anak-anak, malah dewan juga digunakan untuk aktiviti-aktiviti yang berkaitan dengan komuniti. Dengan membekalkan bekalan elektrik yang baik di kampung, ia sekaligus akan membuka jalan kepada anak-anak untuk belajar dengan cara yang lebih menyeronokkan.

Dengan pemberian TV Pintar dan Tablet Galaxy, kanak-kanak didedahkan cara menggunakan aplikasi pra-muat. Dalam masa yang sama, ia juga akan mengajar golongan muda penduduk kampung mempelajari Bahasa Inggeris lantas pencapaian akademik di masa akan datang lebih terjamin.

Di samping itu, Samsung turut menyumbangkan makanan, alat penjagaan diri, alat sukan dan bekalan pendidikan supaya penduduk terus mendapat akses kepada keperluan hidup asas yang baik.

Kenangan yang dibuat pada tahun 2015 sangat menggembirakan Samsung, disebabkan itu Samsung telah kembali lagi untuk tahun ini dengan menggandakan pelaburan dalam misi yang sama dikecapi sebelumnya.

Samsung berharap dengan adanya Program Love & Care, ia akan menjadi sumber inspirasi kepada syarikat lain untuk membantu komuniti luar bandar untuk terus maju dalam era permodenan.

You might also like